Kunjungan Hormat YWM ke Waqaf An-Nur Corporation Berhad
17-10-2022Johor Bahru, 17 Oktober 2022 - Yayasan Waqaf Malaysia telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Waqaf An-Nur Corporation Berhad bertujuan untuk mengeksplorasi peluang kerjasama antara YWM dan Waqaf An-Nur dalam mengerakkan pembangunan wakaf di Malaysia dan khususnya di negeri Johor.
Selaras dengan agenda Kerajaan untuk memperkasakan wakaf di Malaysia menerusi kerjasama strategik antara YWM dan badan-badan korporat, YWM melihat potensi kerjasama dengan Waqaf An-Nur dapat memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan wakaf dalam negara.
Sesi kunjungan ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Bukhari bin Abd Rahman, Ketua Eksekutif Waqaf An-Nur dan barisan pengurusan Waqaf An-Nur. Manakala YWM diketuai oleh YBrs. Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.
TERKINI
Kongsi Kongsi