Aktiviti
Majlis Pelancaran Dana Wakaf Bencana - Kenanga Sustainability Series : Emergency Waqf Musa'adah Fund Kerjasama Antara Yayasan Waqaf Malaysia, Kenanga Investors Berhad dan MATCH Foundation
06-10-2022

Putrajaya, 6 oktober 2022 - Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Merangkap Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia.

Dana Wakaf Bencana - Kenanga Sustainability Series: Emergency Waqf Musa’adah Fund merupakan sebuah produk wakaf berasaskan pelaburan di mana sebahagian keuntungan daripada pelaburan tersebut diwakafkan oleh pelabur kepada Yayasan Waqaf Malaysia.

Menerusi majlis yang sama, replika cek sumbangan Dana Pemula berjumlah RM3 juta daripada Kementerian Kewangan Malaysia telah disampaikan oleh YBrs. Nirwan bin Noh, Timbalan Ketua Ekonomi, Bahagian Ekonomi Kementerian Kewangan Malaysia kepada Puan Mariam Veronica Abu Bakkar Seddek, Ketua Jabatan Institusi Korporat, Kenanga Investors Berhad. Dana Pemula ini dilaburkan ke dalam unit pelaburan Kenanga Sustainability Series: Emergency Waqf Musa’adah Fund di mana manfaat pelaburannya akan disalurkan ke Tabung Dana Wakaf Bencana di bawah Yayasan Waqaf Malaysia.

Inisiatif ini turut disambut baik oleh pihak AmBank Islamic Berhad dengan menyampaikan sumbangan dana sebanyak RM1 juta oleh YBrs. Encik Eqhwan Mokhzanee, Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Islamic Berhad.

Hasil manfaat pelaburan daripada Kenanga Sustainability Series: Emergency Waqf Musa’adah Fund ini bakal membantu mereka yang terkesan akibat bencana seperti ribut, banjir, tanah runtuh serta menangani krisis wabak penyakit.


Kongsi Kongsi