Aktiviti
YWM Santuni Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) di Brickfields, Kuala Lumpur
08-09-2022

Kuala Lumpur, 8 September 2022 - Telah berlangsung Majlis Agihan Dana Wakaf Tunai Malaysia YWM kepada Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) di cawangan PERTIS Brickfields, Kuala Lumpur.

Majlis ini dihadiri oleh YBrs. Tuan Wan Rohimi bin Wan Daud, Setiausaha Politik kepada Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang mewakili Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Turut hadil wakil Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji.

Pada majlis ini YWM telah menyumbang Dana Wakaf Tunai sebanyak RM35,000 bagi tujuan pembelian mesin pencetak Braille (Embosser). Selain itu, 100 pek makanan yang menggunakan Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM turut diagihkan kepada pihak PERTIS.

Mesin pencetak Braille (Embosser) ini digunakan bagi mencetak Al-Quran Braille memandangkan permintaan yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Al-Quran Braille yang siap dicetak akan diedarkan untuk kegunaan pendidikan Al-Quran oleh OKU penglihatan seluruh negara. Selain itu, pihak PERTIS juga mendapat permintaan cetakan Al-Quran Braille daripada luar negara seperti Palestin, India dan lain-lain.

Semoga sumbangan ini akan mengimarahkan lagi amalan membaca Al-Quran dikalangan OKU khusunya OKU Penglihatan. YWM juga mengalu-alukan sumbangan wakaf daripada masyarakat supaya lebih banyak agihan seperti ini dapat dilaksanakan di masa hadapan.


Kongsi Kongsi