Agihan Dana Cakna Ehsan Armalah Yayasan Waqaf Malaysia - Yayasan Muslimin
10-08-2022Klang, 10 Ogos - Melalui Tabung Cakna Armalah di bawah Program Cakna Ehsan Armalah, Yayasan Waqaf Malaysia bersama Yayasan Muslimin telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM6,413 kepada dua buah keluarga ibu tunggal yang memerlukan.
Sumbangan yang disampaikan adalah keperluan perniagaan berupa peralatan memasak seperti dapur gas, chest freeze, gas rize cooker, kerusi, meja dan lain-lain. Sumbangan telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia dan Ustaz Abdul Halid bin Sintol, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Muslimin. Turut hadir warga kerja Yayasan Muslimin dan warga kerja Yayasan Waqaf Malaysia.
Puan Mahiahtul Akma bt Abdul Manan adalah seorang penerima, ibu tunggal yang menyara 10 orang anak yang masih bersekolah, berniaga gerai makan secara kecil kecilan untuk menyara hidup keluarga.
Manakala, seorang lagi penerima, Puan Zulinawati bt Mohd Yusof, ibu tunggal yang menyara 3 orang anak yang masih bersekolah dan juga menjalankan perniagaan gerai makan sebagai punca pendapatan mereka sekeluarga.
Semoga dengan sumbangan tersebut dapat membantu penerima meningkatkan hasil pendapatan seterusnya menambah baik keadaan ekonomi mereka dan keluarga.
TERKINI
Kongsi Kongsi