Aktiviti
Agihan Dana Cakna Didik Armalah Yayasan Waqaf Malaysia - Yayasan Muslimin
10-08-2022

Kuala Selangor, 10 Ogos - Melalui Tabung Cakna Armalah di bawah Program Cakna Didik Armalah, Yayasan Waqaf Malaysia bersama Yayasan Muslimin telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM18,300 kepada 6 orang pelajar Kolej Tingkatan 6, Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor yang merupakan anak-anak daripada keluarga ibu tunggal.

Sumbangan komputer riba beserta kelengkapannya ini telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia dan Ustaz Abdul Halid bin Sintol, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Muslimin. Turut hadir warga kerja Yayasan Muslimin dan warga kerja Yayasan Waqaf Malaysia.

Semoga dengan sumbangan tersebut dapat membantu memudahkan sesi pembelajaran para pelajar dan kami doakan anak-anak ini berjaya dalam pelajaran mereka. Terima kasih pewakaf yang telah menyumbang ke Tabung Cakna Armalah ini!


Kongsi Kongsi