Aktiviti
Lawatan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji Bersama Majlis Agama Islam Negeri Ke Laman WATANI, Putrajaya
23-08-2022

Putrajaya, 23 Ogos 2022 - Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah JAWHAR telah menganjurkan lawatan ke Laman WATANI dengan membawa 20 orang wakil Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bersempena Bengkel Pemantapan Penyediaan Cadangan Pembangunan Di Atas Tanah Wakaf Menggunakan Peruntukan Persekutuan Dalam Rolling Plan, Rancangan Malaysia Ke-12.

Pada lawatan ini, YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan Encik Muhammad bin Suhaimi, Pengurus WATANI telah berkongsi perkembangan wakaf pertanian yang sedang giat dilaksanakan di tanah seluas 10 ekar di plot Presint 20, Putrajaya dengan menanam tanaman kontan (cash crop) dan tanaman jangka sederhana.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak JAWHAR dan MAIN atas lawatan ke Laman WATANI ini. Semoga hubungan baik diantara agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri dapat memperkasakan instrumen dan memakmurkan wakaf di negara kita, Insya-Allah.


Kongsi Kongsi