Aktiviti
Yayasan Waqaf Malaysia dan Permodalan BSN Berhad Bekerjasama Lancar BSN Dana Wakaf Al-Ikhlas
04-04-2022

Kuala Lumpur, 4 April 2022 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bersama Permodalan BSN Berhad (PBSN) telah melancarkan BSN Dana Wakaf Al-Ikhlas. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Idris Ahmad Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama merangkap Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).

Dana yang dilaburkan oleh pelabur-pelabur menerusi produk BSN Dana Wakaf Al-Ikhlas ini akan menerbitkan keuntungan yang akan diwakafkan sebahagiannya. Dana pewakafan ini dinamakan sebagai BSN Cash Wakaf di mana YWM akan bertindak selaku Pengurus Wakaf (Wakaf Administrator).

Dana wakaf terkumpul kemudiannya akan diagihkan kepada pihak-pihak yang memerlukan dalam sektor-sektor yang telah dikenalpasti antaranya: a. Pendidikan b. Kesihatan c. Pemerkasaan Komuniti d. Bantuan Bencana e. Keusahawanan f. Mana-mana projek dalam sektor-sektor lain yang bermanfaat kepada masyarakat dan ummah.

Jom melabur sekarang! Wakaf Untuk Masyarakat, Manfaat Dinikmati Sejagat


Kongsi Kongsi