Kunjungan Hormat YWM Ke Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS)
19-07-2022Klang, 19 Ogos 2022 - Delegasi Yayasan Waqaf Malaysia yang diketuai oleh YBrs. Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM serta diiringi oleh Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Ketua-ketua Bahagian, Eksekutif Kanan dan Eksekutif YWM telah mengadakan kunjungan hormat ke Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) yang bertempat di Klang, Selangor.
Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk mengadakan sesi pengenalan mengenai TERAS serta bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman dari segi pengurusan agihan dana kepada asnaf serta pembangunan projek dan perniagaan yang sedang dijalankan oleh TERAS. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Hasnul Redza bin Abdul Rahim, Pengurus Besar TERAS.
Semoga kunjungan hormat ini dapat mengeratkan lagi hubungan YWM dan TERAS serta mendapat manfaat menerusi perkongsian ilmu demi memperkasakan wakaf di Malaysia.
TERKINI
Kongsi Kongsi