Aktiviti
Lawatan Kerja dan Tausiyah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama ke Pejabat Yayasan Waqaf Malaysia
01-08-2022

Putrajaya, 1 Ogos 2022 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) hari ini berbesar hati menerima lawatan kerja dan tausiyah YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama delegasi ke Pejabat YWM.

Ketibaan delegasi YB Menteri telah disambut oleh YBrs. Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM serta diiringi oleh Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM bersama Ketua-ketua Bahagian YWM.

Majlis dimulai dengan sesi doa, ucapan dan amanat daripada YB Menteri, seterusnya diberi taklimat mengenai perkembangan dan pencapaian YWM oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Pada pertemuan ini, kakitangan YWM serta anak syarikat juga berpeluang meluangkan masa bertemu mata dengan YB Menteri sambil berbincang dan bertukar pandangan mengenai perkembangan wakaf di Malaysia.

Segala pesanan dan amanat YB Menteri, pastinya menjadikan kami lebih bersemangat dalam menjadikan YWM peneraju dalam pembangunan wakaf di Malaysia. Semoga ibadah wakaf terus subur dan membawa kemakmuran buat kita semua.


Kongsi Kongsi