Aktiviti
Majlis Penyerahan Dokumen Perjanjian Kerjasama Program Wakaf Halal PKS antara Yayasan Waqaf Malaysia dan Halal Development Corporation Berhad
04-08-2022

Putrajaya, 4 Ogos 2022 - Majlis penyerahan dokumen perjanjian kerjasama Program Wakaf Halal PKS antara Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Halal Development Corporation Berhad (HDC) mengenai Program Halal Wakaf PKS telah menandakan satu kejayaan baharu dalam usaha untuk memacu dan mempromosikan perniagaan dalam industri HALAL melalui model wakaf.

Dokumen perjanjian ini telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWM, YBrs. Prof. Dr. Amir Shaharuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC, YBrs. Encik Hairol Arifein Sahari. Di bawah perjanjian ini, kedua-dua pihak akan berganding bahu untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam mengemukakan permohonan mereka bagi Program Wakaf Halal PKS.

Berdasarkan kriteria dan kelayakan tertentu, mereka akan dapat menerima sokongan pembiayaan sehingga RM25,000 untuk peralatan yang diperlukan untuk mengendalikan dan mengembangkan perniagaan halal mereka serta memartabatkan industri halal di Malaysia.


Kongsi Kongsi