Aktiviti
Program Roadshow Kesedaran Berwakaf Sempena Bulan Wakaf Kebangsaan (BWK) 2022 Peringkat Negeri Kedah
09-08-2022

Kulim, 9 Ogos 2022 - Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin telah menghadiri Program Roadshow Kesedaran Berwakaf Sempena Bulan Wakaf Kebangsaan (BWK) 2022 Peringkat Negeri Kedah di Dewan Putra, Majlis Perbandaran Kulim pada hari ini. Program anjuran bersama Jabatan Wakaf Zakat & Haji, Majlis Agama Islam Kedah dan YWM ini merupakan usaha sinergi bersama agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai ibadah wakaf.

Sesi ceramah telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan para pegawai daripada Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) atas jemputan kerjasama program ini. Semoga usaha murni para pemain industri wakaf dalam memperkasakan instrumen wakaf di negara kita dipermudahkan olehNya, Insya-Allah.


Kongsi Kongsi