Aktiviti
Kunjungan Hormat Yayasan Pelajaran MARA Ke Yayasan Waqaf Malaysia Bagi Membincangkan Kerjasama Antara Dua Agensi
09-08-2022Putrajaya, 9 Ogos 2022 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM) yang diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Amran bin Mohd Ariffin Ketua Pegawai Eksekutifnya. Turut bersama delegasi YPM adalah YBrs. Encik Hady Suhairy bin Baseri daripada Majlis Amanah Rakyat.
Matlamat pertemuan ini adalah untuk membincangkan ruang kolaborasi di antara kedua-dua pihak. YWM diketuai oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah berkongsi pengalaman dan aktiviti wakaf yang dilaksanakan oleh YWM kepada delegasi yang hadir.
Semoga kunjungan hormat ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara YWM dan YPM serta dapat mengimarahkan wakaf di negara ini.
TERKINI
Kongsi Kongsi