Aktiviti
Majlis Perasmian Laman Wakaf Pertanian Bersepadu (WATANI) Yayasan Waqaf Malaysia - YWM MAIN Holdings Sdn. Bhd
12-08-2022

Putrajaya, 12 Ogos - Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama di atas kesudian menyempurnakan Majlis Perasmian Laman WATANI yang terletak di Presint 20, Putrajaya pada hari ini.

Majlis turut disaksikan oleh YBhg. Dato' Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, YBhg. Dato' TPr. Fadhlun bin Maj Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya, Prof. Madya Dr. Siti Mashitoh binti Mahamood, Lembaga Pemegang Amanah YWM dan Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Turut hadir sama wakil-wakil Majlis Agama Islam Negeri, kementerian, jabatan, agensi kerajaan dan swasta.

WATANI merupakan salah satu matlamat utama YWM dalam memperkasakan sosioekonomi rakyat melalui sektor pertanian yang diintegrasikan dengan elemen wakaf yang mampu mengurangkan kos sara hidup rakyat khususnya asnaf dan B40 pada masa yang sama memperkasakan jaminan bekalan makanan.

Laman WATANI adalah projek perintis seluas 10 ekar yang mengetengahkan tanaman kontan (cash crop), tanaman jangka masa sederhana dan tanaman jangka masa panjang. Semoga WATANI ini mencapai kejayaan demi manfaat kepada masyarakat dan dapat dikembangkan ke seluruh negara melalui kerjasama rentas pelbagai pihak. Insya-Allah.


Kongsi Kongsi