Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah (MALPA) YWM Siri 39 Bil. 2/2022
24-06-2022Putrajaya, 24 Jun 2022 - YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah (MALPA) YWM Siri 39 Bil. 2/2022. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat & Haji, YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo merangkap Timbalan Pengerusi MALPA, YBrs. Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan para ahli MALPA yang terdiri daripada wakil Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN).
Semoga usaha semua pihak yang terlibat dalam pembangunan wakaf di Malaysia ini diberkati olehNya. Terima kasih atas nasihat dan amanat YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). InsyaAllah, YWM akan sentiasa bersama-sama Majlis Agama Islam Negeri menjalankan amanah ini sebaiknya.
“WAKAF MENSEJAHTERAKAN KELUARGA MALAYSIA”
TERKINI
Kongsi Kongsi