Aktiviti
Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) Tambahan Wakaf Air Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bersama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM)
16-06-2022

Putrajaya, 16 Jun 2022 - Sebagai tanda jalinan kerjasama, Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) Tambahan Wakaf Air di antara KASA dan Yayasan Waqaf Malaysia telah dimeterai antara YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KASA dan YBrs. Prof. Dr. Amir Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan turut disaksikan oleh YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Datuk Ustaz Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi YWM dan YB Dato’ Mansor Haji Othman, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air.

Memorandum Persefahaman (MOU) Tambahan Wakaf Air yang dimeterai antara Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dengan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) ini adalah bagi memastikan inisiatif Wakaf Air ini berterusan dan mengukuhkan kerjasama pelaksanaan Wakaf Air antara kedua-dua pihak. Hubungan dua hala ini amat bermakna dan membawa impak yang penting kepada kehidupan para penerima manfaat yang memerlukan sumber bekalan air bersih.

Pahala Mengalir Seperti Air?


Kongsi Kongsi