Aktiviti
Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) Sahut Seruan YAB PM Bagi Memperkasa Sekuriti Makanan Negara Melalui Inisiatif Wakaf Pertanian Bersepadu
14-06-2022

Putrajaya, 14 Jun 2022 - Wakaf Pertanian Bersepadu (WATANI) diperkenal dan digiatkan pelaksanaannya dengan matlamat membawa anjakan baru dalam instrumen wakaf negara melalui segmen pertanian. Matlamat utamanya adalah mengurangkan beban kos sara hidup rakyat terutamanya dalam kecukupan bekalan makanan.

WATANI bermula dengan mengusahakan tanah seluas 10 ekar di plot Presint 20, Putrajaya dengan menanam tanaman kontan (cash crop) dan tanaman jangka sederhana. Dengan mengusahakan tanaman seperti pisang tanduk, cili merah, nanas, jagung, dan golden melon selain tanaman sampingan lain seperti edamame dan sayur-sayuran pendapatan yang boleh dijana secara kasarnya mencecah antara RM350,000 hingga 500,000 dalam masa 12 bulan akan datang.

YWM mengharapkan usaha kecil dalam melaksanakan WATANI bakal membuahkan hasil demi manfaat kepada masyarakat, dapat berkembang ke seluruh negara dan dinilai hasanah di sisi Allah Ta'ala.


Kongsi Kongsi