Majlis Sambutan Aidilfitri Agensi Di Bawah Yb Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Tahun 2022M / 1443H
25-05-2022Putrajaya, 25 Mei 2022 - Majlis Sambutan Aidilfitri Agensi di Bawah YB Menteri Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama pada tengah hari ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya telah dihadiri oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad (Menteri di JPM HEA), YB Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary (Timbalan Menteri di JPM HEA), YBrs. Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin (Ketua Pegawai Eksekutif YWM), YBhg. Dato' Selamat bin Paigo (Ketua Pengarah JAWHAR) dan Ketua-Ketua Jabatan serta warga agensi.
YB Menteri dan Timbalan Menteri turut mengambil kesempatan beramah mesra bersama warga agensi yang hadir serta mengadakan lawatan ke gerai-gerai yang disediakan.
Yayasan Waqaf Malaysia bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji turut sama memeriahkan suasana majlis ini dengan penyertaan gerai yang menyajikan pelbagai buah-buahan dan minuman kepada semua pengunjung.
Terima kasih diucapkan kepada semua warga agensi yang bersama-sama menjayakan program ini. Semoga dengan majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua warga pasukan menteri agama.
TERKINI
Kongsi Kongsi