Aktiviti
Majlis Sambutan Aidilfitri YAB Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri
18-05-2022

Putrajaya, 18 Mei 2022 - Majlis Sambutan Aidilfitri YAB Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri pada kali ini adalah bertemakan "Semarak Aidilfitri, Keluarga JPM di Rai". Turut hadir pada majlis ini adalah YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob , Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan Menteri, KSU, TKSUK, KPPA, KSN dan seluruh warga Agensi di JPM.

Agensi - agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama turut sama memeriahkan suasana majlis ini dengan penyertaan gerai yang menyajikan pelbagai aneka juadah makanan dan minuman kepada hampir 1,500 pengunjung.

Terima kasih diucapkan kepada semua warga JPM / Agensi yang bersama-sama menjayakan program ini. Semoga dengan majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua warga kerja JPM dan Agensi.


Kongsi Kongsi