Program Anti Rasuah Perolehan dan Pengurusan Dana Jabatan Wakaf Zakat & Haji (JAWHAR) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) Sehari Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
18-05-2022Putrajaya, 18 Mei 2022 - Telah berlangsung Program Anti Rasuah Perolehan dan Pengurusan Dana (sehari bersama SPRM) anjuran JAWHAR bersama pihak YWM. Sesi program dimulakan dengan sesi interaksi dan ceramah anti rasuah serta kesan terhadap institusi agama daripada pegawai SPRM.
Program yang dirasmikan oleh YBhg. Dato' Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah JAWHAR dan disaksikan oleh YBrs. Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan KPKPj Mohamad Tarmize bin Abdul Manaf, Timbalan Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, bertujuan menerangkan kepentingan agama sebagai asas pengukuhan integriti. Selain itu, menerapkan kepentingan integriti sebagai asas kecemerlangan sesebuah organisasi.
Kemuncak pada program ini, peserta melafazkan ikrar bebas rasuah yang diketuai oleh YBrs. En. Ahmad Amryl bin Abd Malek, Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa JAWHAR.
Semoga objektif program ini dapat memupuk dan merangsang nilai-nilai murni dalam diri untuk menjadi seorang pekerja yang amanah dan berintegriti.
TERKINI
Kongsi Kongsi