Siri 5: Webinar Sembang Wakaf Bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)
26-04-202226 April 2022, Selasa - Webinar Sembang Wakaf Bersama MAIN anjuran Jabatan Wakaf Zakat & Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) kembali menemui penonton dengan siri terakhir bersama panel jemputan Tuan Ramlan bin Awang Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan YBhg. Datu Haji Abang Mohd Shibli bin Haji Abang Mohd Nailie, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) sempena Bulan Wakaf Kebangsaan 2022.
Program yang bersiaran selama dua (2) jam ini telah dikendalikan oleh Puan Nurul Hafizah binti Muhamad Mokhtar iaitu Penolong Pengarah Kanan Bahagian Wakaf JAWHAR selaku moderator. Pelbagai kisah telah dikongsikan oleh para panel mengenai perihal wakaf di negeri masing-masing. Secara keseluruhan, siri-ke-5 ini telah menarik minat seramai 1,063 penonton.
Dengan ketelusan perkongsian dari wakil Majlis-majlis Agama Islam Negeri sejak dari siri pertama lagi, diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang cakna tentang wakaf dan memperkukuhkan keyakinan umum kepada institusi yang mentadbir hartanah wakaf di Malaysia. Penghargaan juga turut diberikan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan Webinar Sembang Wakaf Bersama MAIN ini. Semoga bertemu lagi pada webinar wakaf akan datang.
TERKINI
Kongsi Kongsi