Majlis Ramah Mesra Bersama YB Dato’ Mansor Bin Haji Othman, Timbalan Menteri Alam Sekitar Dan Air & Penutup Program Ihya Ramadan KASA 2022
27-04-202227 April 2022, Putrajaya - Terima kasih kepada Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA) di atas jemputan ke Majlis Ramah Mesra Bersama YB Dato’ Mansor bin Haji Othman, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air & Penutup Program Ihya Ramadan KASA di Dewan Damansari, Putrajaya pada 27 April 2022. Majlis ini turut meraikan pewakaf-pewakaf bagi Tabung Wakaf Air.
Yayasan Waqaf Malaysia yang diwakili YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif turut beramah mesra bersama kakitangan KASA dan para pewakaf Tabung Wakaf Air. Kami doakan semoga Allah SWT mengurniakan ke atas pewakaf-pewakaf dan ahli keluarga mereka kesihatan berpanjangan, keberkatan rezeki yang melimpah ruah, kebahagiaan, perlindungan dan kerahmatan di dunia dan di akhirat.
Wakaf Air, Pahala Mengalir Seperti Air.
TERKINI
Kongsi Kongsi