Webinar Wakaf 2022 Peringkat Negeri Pahang : "Aok tahu ke Wakaf Tunai tu? Moh kita dengor"
23-02-202223 Februari 2022, Rabu - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) kembali lagi dengan penganjuran webinar wakaf pada tahun 2022. Membawa tajuk "Aok tahu ke Wakaf Tunai tu? Moh kita dengor", forum yang dikendalikan oleh Dai’ Hakim ini telah mengundang Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, iaitu, YH. Dato’ Haji Halidan bin Md. Daud dan Ketua Pegawai Eksekutif YWM, YBrs. Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin sebagai panel.
Menggunakan platform Zoom Webinar yang turut dipancarkan secara live di Facebook bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, secara keseluruhan telah meraih sejumlah 3,301 tontonan. Forum yang berlangsung selama tiga pusingan ini secara umumnya adalah untuk memberi pendedahan kepada umum mengenai pelaksanaan wakaf di Pahang oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) melalui Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang selain turut mengupas isu-isu semasa berkaitan wakaf di Malaysia.
Selaku wakil MUIP, YH. Dato’ Haji Halidan bin Md. Daud telah berkongsi sejarah pelaksanaan wakaf di negeri Pahang, perkara-perkara yang mempengaruhi sokongan masyarakat setempat serta perkembangan terkini pembangunan wakaf yang dilakukan oleh MUIP selaku pemegang amanah tunggal di negeri ini. Manakala menerusi wakil YWM, YBrs. Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin telah memperincikan peranan YWM selaku entiti wakaf kebangsaan selain turut mengetengahkan dilema masyarakat terhadap pihak-pihak yang melakukan kutipan dana wakaf tanpa mendapat kebenaran dari Majlis-majlis Agama Islam Negeri.
Dipenghujung forum, kedua-dua panel turut berkongsi harapan mengenai masa depan institusi wakaf Malaysia selain turut percaya program promosi yang berterusan kepada umum akan melahirkan masyarakat cakna wakaf.
TERKINI
Kongsi Kongsi