Aktiviti
Webinar Wakaf : Wakaf dan Kesejahteraan Armalah
14-04-2022

14 April 2022, Khamis - Bersempena Bulan Wakaf Kebangsaan 2022, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) & Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji dengan kerjasama Yayasan Muslimin Malaysia Berhad (YMMB) telah menganjurkan sebuah webinar yang membawa tajuk “Wakaf & Kesejahteraan Armalah”.

Menampilkan Dai’ Hamidah sebagai moderator jemputan, barisan panel yang terlibat adalah Ustaz Mohd Fazdli bin Rosli, pemangku Pengurus Bahagian Pengurusan Dana YWM dan Ustaz Haji Abd Halid bin Sintol, Ahli Lembaga Pengarah YMMB. Webinar ini adalah bertujuan untuk memberi pencerahan kepada umum mengenai produk wakaf terbaharu YWM iaitu Tabung Cakna Armalah.

Sejak diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah YWM pada 14 Oktober 2021, YWM telah berjaya melaksanakan beberapa siri pengagihan kepada golongan Armalah yang terpilih hasil dari dana terkumpul semasa. Lanjutan dari itu, webinar ini direncanakan dengan hasrat agar lebih ramai masyarakat terpanggil untuk bersama-sama dengan YWM dan YMMB dalam membantu meringankan beban golongan Armalah dengan menyumbang ke dalam Tabung Cakna Armalah. Diharapkan segala perkongsian melalui webinar ini dapat memberi manfaat yang besar kepada semua.


Kongsi Kongsi