Tabung Cakna Armalah Yayasan Waqaf Malaysia dan Yayasan Muslimin Malaysia Berhad Agih Sebuah Chest Freezer dan Sebuah Worktable Kepada Seorang Balu di Semenyih, Selangor
04-04-2022Semenyih, 4 April 2022 - Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada pihak YMMB di atas kerjasama yang diberikan dalam pemberian agihan Tabung Cakna Armalah kepada Puan Aerny binti Awang di Semenyih, Selangor.
"Penerima ni merupakan seorang balu. Suaminya meninggal dunia pada tahun lepas dan kini menanggung anak-anak seramai 4 orang yang masih belajar dan bersekolah."
Beliau yang merupakan surirumah sepenuh masa ini telah mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual durian crepe untuk menampung keluarganya. Bagi membantu ibu tunggal ini, pihak YWM dan YMMB menyumbangkan sebuah chest freezer dan sebuah wortable bagi memudahkan beliau menghasilkan durian crepe yang lebih berkualiti dan membesarkan perniagaannya sekaligus membantu ekonomi keluarganya.
Agihan pertama hasil daripada #TabungCaknaArmalah ini telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM bersama Ustaz Abdul Halid bin Sintol, Ahli Lembaga YMMB. Tidak banyak yang kami dapat bantu, tapi InsyaAllah ia dapat mengurangkan sedikit beban yang mereka hadapi. Setidak-tidaknya, kami dapat melihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka.
“…Saya akan menjaga amanah dari pewakaf dan memanfaatkan dalam meningkatkan ekonomi keluarga saya. Terima kasih Pewakaf. Terima kasih Yayasan Waqaf Malaysia dan Yayasan Muslimin Malaysia Berhad...”
Ucapan terima kasih ini kami panjangkan kepada semua pewakaf Tabung Cakna Armalah. Amanah anda kami agihkan sebaiknya.
Sumbangan anda, besar manfaat untuk mereka.
جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء
Kepada yang ingin menyumbang ke Tabung Cakna Armalah, anda boleh salurkan melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia www.ywm.gov.my/wakaf-online dan pilih 'Wakaf Khas/Projek atau platform toyyibPay https://toyyibpay.com/Tabung-Cakna-Armalah
Terus follow YWM untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kami!
TERKINI
Kongsi Kongsi