Aktiviti
Tabung Cakna Armalah Yayasan Waqaf Malaysia dan Yayasan Muslimin Malaysia Berhad Santuni Golongan Ibu Tunggal di Putrajaya
13-04-2022

Putrajaya, 13 April 2022 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dengan kerjasama Yayasan Muslimin Malaysia Berhad (YMMB) sekali lagi telah mengadakan program penyerahan di bawah Tabung Cakna Armalah kepada empat (4) penerima yang terdiri daripada golongan ibu tunggal. Bertempat di lobi Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, penyerahan ini telah sampaikan oleh YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat & Haji yang juga merupakan Naib Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM.

Masing-masing tiga (3) penerima telah menerima sebuah komputer riba manakala seorang lagi menerima sebuah tablet. Kategori penerima ini adalah di bawah sektor pengagihan Didik Armalah dimana dana wakaf digunakan untuk membeli peralatan bantuan belajar seperti komputer yang merupakan suatu keperluan masakini dengan pembelajaran melalui maya menjadi keutamaan terutamannya di musim pandemik.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada para pewakaf yang telah menyumbang ke dalam Tabung Cakna Armalah sekaligus membantu meringankan beban golongan armalah yang terkesan.


Kongsi Kongsi