Aktiviti
Dana Perlu YWM Santuni Penerima Program MYHAUS di Pengkalan Chepa, Kelantan
18-04-2022

Pengkalan Chepa, 18 April 2022 - Yayasan Waqaf Malaysia bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Tenaga Nasional Berhad turun bersama menyantuni asnaf yang merupakan penerima program MYHaus JAWHAR, MAIK dan TNB.

Program MyHAUS adalah inisiatif kerajaan melalui agensi agama bawah JAWHAR bagi membaikpulih dan membina semula rumah melalui pemberian skim bantuan kepada asnaf yang berkelayakan. Ia dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri, Agensi Mengurus Zakat Negeri dan syarikat-syarikat GLC.

YWM melalui Dana Perlu turut menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk pek makanan kepada para asnaf yang terlibat. Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.

Terus follow YWM untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kami! Ingat, anda tidak berseorangan. Kami ada dan akan sentiasa ada untuk anda.


Kongsi Kongsi