Forum Rumah Ibadat Hijau : Masjid Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar Dan Pelaksanaan Tabung Wakaf Masjid Hijau
22-04-2022Bangi, 22 April 2022 - Alhamdulillah, Forum Rumah Ibadat Hijau berjalan dengan lancar dengan kehadiran jemaah masjid yang sangat memberasangkan di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi.
Forum ini dibawakan khas oleh Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) RHB Bank Islamic dan Masjid Al-Hasanah sempena sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan 2022.
Pelbagai kupasan menarik yang telah dikongsikan oleh ahli-ahli panel dan moderator semasa sesi Forum Rumah Ibadat Hijau berlangsung. Antaranya mengenai pengenalan Rumah Ibadat Hijau dan cara-cara pelaksanaan Tabung Wakaf Masjid Hijau yang diuruskan oleh YWM.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada PU Rahmat selaku moderator dan barisan panel iaitu YBrs. Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, YBrs. Ts. Shamsul Bahar bin Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif MGTC, YBhg. Dato’ Adissadikin bin Ali, Pengarah Urusan RHB Islamic Bank Berhad dan Ustaz Mohd Safian bin Abdul Rahman, Nazir Masjid Al-Hasanah.
Semoga forum ini memberi pelbagai manfaat kepada masyarakat. Anda juga boleh turut sama dalam pelaksanaan Wakaf Masjid Hijau, dengan berwakaf secara tunai melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia dengan layari https://www.ywm.gov.my/tabung-wakaf-masjid-hijau . Tiada had nilai ditetapkan bagi tujuan pewakafan ini, nak wakaf RM 1 pun boleh!
Klik ‘Jenis Wakaf’ > ‘Wakaf Khas / Projek (WK) > Wakaf Masjid Hijau
TERKINI
Kongsi Kongsi