Aktiviti
Kembara Maghfirah Ramadan 1443H Yayasan Waqaf Malaysia dan Ikhtiar Foundation
22-04-2022

Bayan Lepas, 22 - 24 April 2022 - Yayasan Waqaf Malaysia Bersama Ikhtiar Foundation telah bersama-sama melaksanakan program Kembara Maghfirah Ramadhan 1443H dengan menyampaikan sumbangan Dana Perlu YWM dalam bentuk 200 kotak makanan berjumlah RM14,000.00. Selain itu, terdapat juga sumbangan berupa kit solat, barangan keperluan asas diberi pada program ini oleh beberapa penaja lain.

Turut bersama di dalam program selama empat hari ini juga adalah daripada Jabatan Pertanian Pulau Pinang, Persatuan Bulan Sabit Merah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan beberapa agensi lain.

200 buah keluarga yang terdiri daripada asnaf, ibu tunggal dan fakir di sekitar Bayan Lepas dan Balik Pulau, Pulau Pinang disantuni. Sumbangan disampaikan oleh Puan HAnim Idzura binti Mohd Kalyubi, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Korporat.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul” itulah perubahasa yang sesuai dapat digambarkan oleh beliau pada program kali ini. Semoga sedikit sumbangan dapat menceriakan mereka dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.

جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء

Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.

Terus follow YWM untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kami! Ingat, anda tidak berseorangan. #KamiAda dan akan sentiasa ada untuk anda.


Kongsi Kongsi