Aktiviti
YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Menyantuni Pusat Jagaan Warga Emas di Semenyih
18-04-2022

Semenyih, 18 April 2022 - Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan Al Kareem dan bulan Syawal yang bakal kunjung tiba, Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia Agensi Di Bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan program turun padang menyantuni asnaf di Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah Semenyih.

Program ini telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir dalam program ini adalah YB Senator Datuk Ras Adiba binti Mohd Radzi, YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan YBhg. Dato’ Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM.

Dalam program ini YB Menteri telah menyantuni para penghuni di pusat jagaan ini dengan menyampaikan Sumbangan Tabung Musa'adah Covid-19 JAKIM - YWM. Sumbangan adalah berbentuk Cek yang berjumlah RM20,000.00. Sumbangan lain berbentuk makanan sedia untuk dimakan yang bernilai RM2,500.00.


Kongsi Kongsi