Pembukaan Booth Tabung Wakaf Masjid Hijau Bersama YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air
22-03-2022Kuala Lumpur, 22 Mac 2022 - Terima kasih kepada Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA) dan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) di atas jemputan ke Program Bandar Rendah Karbon 2021 di Hotel EQ, Equatorial Plaza Kuala Lumpur pada 22 Mac 2022.
Pihak YWM berbesar hati di atas kesudian YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air kerana meluangkan masa singgah di booth Tabung Wakaf Masjid Hijau. YWM yang diwakili oleh Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM berkesempatan menyampaikan cenderamata kepada YB Menteri.
Pelaksanaan Tabung Wakaf Masjid Hijau ini bertujuan untuk membiayai projek-projek pembangunan masjid di Malaysia berasaskan teknologi hijau dan dijangkakan akan memberi manfaat kepada lebih 6,000 masjid dan 18,000 surau di Malaysia. Sehingga 23 Mac 2022, kutipan terkini Wakaf Masjid Hijau adalah berjumlah RM81,375.20.
Masyarakat boleh turut sama dalam pelaksanaan Wakaf Masjid Hijau, dengan berwakaf secara tunai melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia dengan layari https://www.ywm.gov.my/tabung-wakaf-masjid-hijau . Tiada had nilai ditetapkan bagi tujuan pewakafan ini, nak wakaf RM 1 pun boleh.
TERKINI
Kongsi Kongsi