Aktiviti
Yayasan Waqaf Malaysia Santuni Mangsa Banjir Di Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan
10-03-2022

Pasir Mas, 10 Mac 2022 - Boleh dikatakan hampir setiap tahun kawasan Rantau Panjang, Pasir Mas akan berhadapan dengan musibah banjir. Namun, pada kali ini, banjir yang berlaku adalah di luar jangkaan kerana air naik dengan begitu mendadak dan paras airnya lebih tinggi berbanding banjir besar pada tahun 2014. Kami dapat melihat sendiri, musibah banjir yang melanda ini telah merosakkan kediaman dan keseluruhan harta benda para penduduk di kawasan ini.

Prihatin akan keadaan penduduk di sini, YWM turun menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang Kelantan. Sumbangan berbentuk wang ringgit telah diserahkan oleh Puan Norbaity Hariani binti Muhammad dan Encik Wan Mohd Lokman bin Wan Md. Zin kepada Ketua Kampung, Encik Mat Yeh bin Jusoh.

InsyaAllah, sumbangan kecil ini bakal memanfaatkan 100 buah keluarga di sekitar Kampung Kubang Rambutan yang terjejas akibat banjir. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang mereka hadapi.

“Ya Allah, lindungilah saudara-saudara kami yang terlibat dengan sebarang musibah. Jauhilah mereka daripada sebarang bahaya dan mudarat yang berpanjangan. Jadikanlah musibah ini sebagai suatu yang mengingatkan dan mendekatkan kami kepada-Mu. Kami hamba-Mu yang lemah, tiada daya dan upaya dalam diri kami melainkan semuanya datang daripada-Mu.”


Kongsi Kongsi