Perbincangan Projek Wakaf Pertanian Yayasan Waqaf Malaysia Bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
09-03-2022Seremban, 9 Mac 2022 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah mengadakan perbincangan cadangan Projek Wakaf Pertanian Bersepadu (WATANI) di bangunan menara MAINS pada 9 Mac 2022.
Ini adalah salah satu langkah dalam usaha memajukan aset dan hartanah wakaf dengan kaedah membina dan menghubungkan rantaian bekalan industri tani.
Pertemuan ini bagi membincangkan jenis-jenis tanaman yang akan diketengahkan dan manfaatnya kepada kedua-dua pihak seperti pendapatan pajakan, pembangunan asnaf, hibah keuntungan serta penjenamaan.
Perbincangan telah dipengerusikan sendiri oleh Pengerusi MAINS, Dato' Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir bersama Ketua Eksekutif YWM, Prof. Dr. Amir Shaharudin. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Dato’ Selamat Paigo dan Pengerusi Perbadanan MAINS, Radzman Hafiz Abu Zarim.
TERKINI
Kongsi Kongsi