Aktiviti
Perbincangan Bersama Tenaga Nasional Berhad Mengenai Cadangan Penubuhan Tabung Wakaf TNB
18-01-2022

Putrajaya, 18 Mac 2022 - Telah berlangsung sesi perbincangan bersama pihak TNB yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Turut hadir, YBrs. Encik Hairolanuar, Pengarah Bahagian Wakaf, Jabatan Wakaf Zakat & Haji. Pihak TNB diketuai oleh YBrs. Encik Zulhisham Hj. Harun, Pengurus Communication Outreach, Corporate Division, TNB Global Business Solution serta pegawai-pegawai kanan YWM, TNB dan JAWHAR.

Perbincangan diadakan bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara YWM dan TNB di dalam penubuhan Tabung Wakaf Tenaga. Semoga perbincangan kali ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan melancarkan perjalanan penubuhan Tabung Wakaf Tenaga InsyaAllah


Kongsi Kongsi