Majlis Apresiasi Sekapur Sireh Wakaf Pulau Pinang Dan Pelancaran Wakaf Makmal Bahasa Digital Bergerak
28-02-2022Seberang Jaya, 28 Feb 2022 - Wakaf Makmal Bahasa Digital Bergerak adalah usaha kerjasama antara antara Yayasan Waqaf Malaysia dan Wakaf Pulau Pinang. Projek ini telah diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia pada 22 Februari 2022.
Wakaf Makmal Bahasa Digital Bergerak ini merupakan projek pembangunan sebuah makmal bahasa menerusi pembelian sebuah lori / trak 5 tan sebagai harta wakaf alih yang akan diubahsuai / dimodifikasi sebagai makmal bahasa sebagaimana dimaksudkan. Makmal Bahasa ini akan dilengkapi dengan sistem teknologi dan digital yang turut mendapat sokongan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.
Majlis turut disaksikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, YB. Dato' Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat & Haji (JAWHAR) merangkap Naib Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia.
Untuk menyumbang, sila layari www.ywm.gov.my/wakaf-online dan pilih 'Wakaf Khas/Projek atau melalui platform toyyibPay https://toyyibpay.com/Wakaf-Makmal-Bahasa-Digital. Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama
TERKINI
Kongsi Kongsi