Aktiviti
Kaunter Wakaf Di Booth Pameran Agensi Di Bawah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Sempena Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Johor
05-03-2022

Johor Bahru, 5 Mac 2022 - Alhamdulillah. Sorotan sekitar hari ketiga Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia, negeri Johor Darul Ta'zim yang juga hari pelancaran oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.

Yayasan Waqaf Malaysia berbesar hati dengan kehadiran YAB Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob kerana sudi singgah di booth kami. Pelbagai informasi wakaf dan projek YWM dapat dikongsi bersama YAB Perdana Menteri. Turut hadir juga, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara.

Semoga Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Johor, khususnya para pewakaf membawa kenangan manis. Justeru, ibadah wakaf terus subur dan membawa kemakmuran buat kita semua.


Kongsi Kongsi