Aktiviti
Pembukaan Booth Pameran Sempena Program Persidangan Koperasi Kariah Masjid Peringkat Kebangsaan 2022
08-03-2022Sepang, 8 Mac 2022 - Persidangan Koperasi Kariah Masjid Peringkat Kebangsaan 2022 yang juga hari perasmian penutupan majlis oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berjalan dengan lancar.
Yayasan Waqaf Malaysia berbesar hati dengan kehadiran YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) kerana sudi singgah di booth kami.
YWM juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi singgah di booth kami sewaktu Persidangan Koperasi Kariah Masjid Peringkat Kebangsaan 2022 (7-8 Mac 2022) bertempat di Hotel Movenpick, Sepang, Selangor.
Semoga ibadah wakaf terus subur dan membawa kemakmuran buat kita semua. Terima kasih pewakaf.
TERKINI
Kongsi Kongsi