Bengkel Wakaf Halal Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) Dengan Kerjasama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) Dan Halal Development Corporation (HDC)
26-01-2022Putrajaya, 26 Januari 2022 - Telah berlangsung Bengkel Wakaf Halal Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) anjuran Yayasan Waqaf Malaysia bersama pihak Halal Development Corporation (HDC). Sesi bengkel perbincangan dimulakan dengan kata-kata aluan daripada YBrs. Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan Encik Mohd Zamulud Awang Kechik, Pengurus Kanan HDC.
Bengkel ini diadakan bagi membincangkan strategi dan pelaksanaan Wakaf Halal Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) yang bakal memanfaatkan golongan para usahawan kecil dan sederhana di Malaysia. Sesi perbincangan kumpulan turut disertai oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM bersama para pegawai daripada YWM dan HDC.
Semoga usaha dalam merealisasikan matlamat dan objektif program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya sebagaimana yang dirancang. Kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak dalam menjayakan usaha ini turut dialu-alukan.
TERKINI
Kongsi Kongsi