Aktiviti
Kunjungan Hormat Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Ke YWM
12-01-2022

Putrajaya, 12 Januari 2022 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Syeikh Haji Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK. Kunjungan hormat ini adalah usaha dalam meneroka peluang kerjasama strategik bagi tujuan pembelian kilang beras dalam zon pembangunan ekonomi ummah di negeri Kedah Darul Aman. Sesi pertemuan ini turut dihadiri oleh Ustaz Mohd Nazri Chik, Ketua Bahagian Syariah Bank Islam Malaysia dan Puan Ratna Sha’erah binti Kamaluddin daripada Association of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia (AIBIM).

Semoga sesi perbincangan dan kolaborasi antara semua pihak menjadi pemangkin kepada pembangunan wakaf di Malaysia, InsyaAllah.


Kongsi Kongsi