Aktiviti
Kunjungan Hormat YBhg. Dato' Dr. Afifi Al-akiti, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Raja-raja Hal Ehwal Islam & Felo Pusat Pengajian Islam Oxford
03-01-2022

Putrajaya, 3 Januari 2022 - Yayasan Waqaf Malaysia sangat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato' Dr. Afifi Al-Akiti, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi, Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam & Felo Pusat Pengajian Islam. Oxford. Turut hadir bersama YBhg. Dato' Hj. Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz.

Kunjungan adalah bagi mendengar penerangan daripada YBrs. Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM mengenai Pelan Induk Wakaf Nasional dan Dana Wakaf Nasional.


Kongsi Kongsi