Aktiviti
YWM Bersama Agensi di Bawah JPM (Hal Ehwal Agama) Santuni Mangsa Banjir di Jelebu, Negeri Sembilan
27-12-2021

Jelebu, 27 Disember 2021 - Prihatin terhadap bebanan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir di sekitar Jelebu, YWM yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif telah hadir bersama-sama agensi Agama di bawah JPM untuk menyantuni golongan ini

YWM memulakan program dengan menyampaikan sumbangan tunai dan barangan keperluan (ready to eat) kepada beberapa penduduk di Kampung Chennah yang diwakili oleh Ketua Kampung, Tok Rosmadi. Seterusnya, YWM ke PPS Kg. Puom, Kenaboi untuk bersama-sama dengan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) dan rakan-rakan agensi Agama yang lain untuk menyantuni mangsa banjir di sini. Antara barangan sumbangan adalah toto, makanan ready to eat, tunai.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga mereka terus tabah menghadapi ujian ini.

رَبَّنَآ أَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرً۬ا وَتَوَفَّنَا مُسۡلِمِينَ

“Ya Tuhan kami! Limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami sebagai orang-orang Islam.” (Surah Al-‘Araf, ayat 126)


Kongsi Kongsi