YWM Santuni Mangsa Banjir di Kg. Orang Asli Jeram Kedah, Ulu Beranang, Lenggeng, N.Sembilan
27-12-2021Lenggeng, 27 Disember 2021 - Usai program di Jelebu, YWM terus ke Lenggeng bagi menyantuni 107 keluarga orang asli yang terkesan dengan bencana banjir sebelum ini. Sumbangan telah disampaikan oleh YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) diiringi Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.
Menurut Tok Batin, terdapat beberapa keluarga masih lagi menginap di PPS. Walaupun banjir telah surut, kesan akibat bencana tersebut masih dirasai oleh penduduk kampung. Jambatan yang menjadi penghubung utama laluan kampung ini tidak dapat digunakan akibat berlakunya mendapan tanah.
Dalam menghadapi kesukaran ini, para penduduk masih mampu mengukir senyuman menyambut kehadiran kami. Walaupun tidaklah sebesar mana sumbangan yang diberikan, semoga ia mampu memberi sedikit keceriaan dan kemudahan kepada mereka.
“Ya Allah, lindungilah saudara-saudara kami yang terlibat dengan musibah banjir. Jauhilah mereka daripada sebarang bahaya dan mudarat yang berpanjangan. Jadikanlah musibah ini sebagai suatu yang mengingatkan dan mendekatkan kami kepada-Mu. Kami hamba-Mu yang lemah, tiada daya dan upaya dalam diri kami melainkan semuanya datang daripada-Mu.”
TERKINI
Kongsi Kongsi