Aktiviti
10 Projek, RM375,306.00 Telah Diagihkan di Bawah Tabung Wakaf Air YWM-KASA
23-12-2021

Tabung Wakaf Tunai Khas Perkhidmatan Air atau Wakaf Air merupakan inisiatif kerjasama Yayasan Waqaf Malaysia bersama Kementerian Alam Sekitar dan Air yang bertujuan membantu pembiayaan projek perkhidmatan air berskala kecil untuk golongan yang memerlukan.

Alhamdulillah, sehingga 19 Disember 2021, sejumlah RM375,306.00 telah dibelanjakan bagi tujuan membiayai projek-projek perkhidmatan air berskala kecil.

Semoga sumbangan ini dapat merancakkan lagi amalan berwakaf di Malaysia tidak kira sama ada di YWM atau di Majlis Agama Islam Negeri. Justeru, dapat membantu lebih ramai pihak dalam semua aspek kehidupan. Terima kasih para pewakaf. Wakaf anda, sinar buat mereka.

Anda boleh menyumbang melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia di https://www.ywm.gov.my/wakaf-online atau terus menyalurkan sumbangan Wakaf Air ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia di RHB Islamic Bank di 21245760001304

Wakaf Air, Pahala Mengalir Seperti Air


Kongsi Kongsi