Majlis Perasmian Wakaf Masjid Hijau Dan Sistem Solar PV Kerjasama Antara Yayasan Waqaf Malaysia, Kementerian Alam Sekitar & Air Dan MGTC.My
15-12-2021Bangi, 15 Disember 2021 - Alhamdulillah, satu lagi pencapaian baharu bersama Kementerian Alam Sekitar dan Air dan MGTC dalam mewujudkan Tabung Wakaf yang bertujuan untuk membiayai projek-projek pembangunan masjid di Malaysia berasaskan teknologi hijau.
Majlis yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mansor bin Othman, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air bersama YB Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) merangkap Naib Pengerusi YWM mewakili Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman di antara MGTC dan YWM yang diwakili oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Tabung Wakaf Masjid Hijau ini dijangkakan akan memberi manfaat kepada lebih 6,000 masjid dan 18,000 surau di Malaysia. Menerusi majlis ini juga, YWM telah menerima pewakafan daripada pertubuhan NGO dan individu. Sehingga 15 Disember 2021, kutipan terkini Wakaf Masjid Hijau adalah berjumlah RM35,050.50.
Kami juga berkesempatan melawat ke Masjid Hasanah, Bangi yang menjadi lokasi projek rintis pertama Masjid Hijau dengan menampilkan beberapa elemen teknologi hijau di masjid ini antaranya Pusat Pengumpulan Minyak Masak, Pusat Kitar Semula, Telaga Tiub dan Sistem Penapisan Air, Projek Kebun Bandar ‘Urban Kit’ dan Pemasangan Sistem Solar.
Masyarakat boleh turut sama dalam pelaksanaan Wakaf Masjid Hijau, dengan berwakaf secara tunai melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia dengan layari https://www.ywm.gov.my/tabung-wakaf-masjid-hijau . Tiada had nilai ditetapkan bagi tujuan pewakafan ini, nak wakaf RM 1 pun boleh.
Klik ‘Jenis Wakaf’ > ‘Wakaf Khas / Projek (WK) > Wakaf Masjid Hijau
TERKINI
Kongsi Kongsi