Aktiviti
PERBINCANGAN PENGURUSAN WAKAF DI YWM BERSAMA BAHAGIAN ZAKAT, WAKAF DAN ENDOWMEN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
13-12-2021Putrajaya, 13 Disember 2021 - Telah berlangsung sesi pertemuan antara YWM dan Bahagian Zakat, Wakaf dan Endowmen UUM. Sesi perbincangan telah diketuai oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan turut dihadiri oleh para pegawai kanan YWM dan pegawai dari UUM. Perbincangan ini adalah untuk mengenali dan mendalami pengurusan wakaf khususnya di YWM.
Semoga melalui pertemuan ini dapat mengeratkan jalinan kerjasama dan semoga apa yang dikongsikan dapat memberikan manfaat kepada pihak Bahagian Zakat, Wakaf dan Endowmen Universiti Utara Malaysia (UUM).
TERKINI
Kongsi Kongsi