Aktiviti
MAJLIS PELANCARAN KUTIPAN WAKAF TUNAI YWM MENERUSI KONSEP WAKAF BERTEMPOH DI BAWAH PROGRAM ITEKAD CIMB ISLAMIC RIDER ENTREPRENEUR
08-12-2021

Kuala Lumpur, 8 Disember 2021 - Alhamdulillah, Yayasan Waqaf Malaysia dengan kerjasama CIMB Bank Islamic Berhad telah melancarkan kutipan Wakaf Tunai YWM menerusi konsep wakaf bertempoh di bawah Program iTEKAD CIMB Islamic Rider Entrepreneur bertempat di Hotel Pullman, Kuala Lumpur.

Program ini bakal menawarkan peluang pekerjaan sebagai rider kepada masyarakat khususnya golongan B40 dan asnaf. Antara pendekatan prinsip wakaf dalam pelaksanaan program ini adalah:

• Pewakaf merupakan orang awam / mana-mana institusi yang berminat
• Harta yang diwakafkan adalah motorsikal
• Penerima wakaf pula adalah peserta Program iTEKAD CIMB Islamic Rider Entrepreneur
• Penyataan wakaf akan dinyatakan secara jelas dalam dokumen wakaf

Majlis turut disempurnakan oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama merangkap Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia.

Semoga usaha ini dapat membantu golongan belia, individu yang terkesan akibat COVID-19 khususnya golongan B40.


Kongsi Kongsi