Aktiviti
MAJLIS PELEPASAN SKUAD MUSA'ADAH KELUARGA MALAYSIA AGENSI DI BAWAH YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
07-12-2021Putrajaya, 7 Disember 2021 - Telah berlangsung Majlis Pelepasan Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia Agensi di Bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Senator Tuan Haji Idris Ahmad. Pelepasan Skuad Musa'adah ini dilepaskan ke lokasi masing-masing bagi menyantuni asnaf.
Terima kasih atas sumbangan #KeluargaMalaysia kepada Tabung Musa'adah YWM-JAKIM. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan usaha ini. Semoga dengan sumbangan anda semua dapat meringankan beban mereka yang terjejas.
Untuk menyumbang, anda boleh ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia CIMB Islamic Bank Berhad di 86-0221818-6 dan masukkan rujukan : JAKIM.
TERKINI
Kongsi Kongsi