Aktiviti
MAJLIS MENANDATANGANI PENUBUHAN TABUNG CAKNA ARMALAH ANTARA YAYASAN WAQAF MALAYSIA DAN YAYASAN MUSLIMIN MALAYSIA BERHAD
02-12-2021

Kuala Lumpur, 2 Disember 2021 - Hari ini telah berlangsung Majlis Menandatangani Penubuhan Tabung Cakna Armalah antara Yayasan Waqaf Malaysia dan Yayasan Muslimin Malaysia Berhad bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Dana ini bertujuan untuk membantu memperkasakan kehidupan para armalah (ibu tunggal) yang benar-benar memerlukan. Terdapat 3 sektor pengagihan yang difokuskan menerusi dana ini iaitu Didik Armalah, Ehsan Armalah dan OKU Armalah.

Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Waqaf Malaysia, YBrs. Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin dan Pengerusi Yayasan Muslimin Malaysia Berhad, YBhg. Dato' Haji Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abd Aziz.

Majlis turut disempurnakan oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama merangkap Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia.


Kongsi Kongsi