Aktiviti
PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK DANA WAKAF BENCANA BERSAMA AMBANK GROUP
29-11-2021

29 November 2021 - Telah berlangsung sesi perbincangan kerjasama strategik bersama Ambank Group yang dipengerusikan oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), merangkap Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia. Ambank Group diketuai oleh YBhg. Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi Ambank Group.

Turut hadir YBhg. Tan Sri Jemilah Mahmood, mewakili Match Foundation, YBrs. Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia, YBrs. Encik Zulkifli bin Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Islamic Investors Berhad dan pegawai-pegawai kanan YWM serta Ambank Group.


Kongsi Kongsi