SUMBANGAN DANA WAKAF BENCANA BANTU MANGSA BANJIR
23-11-2021Putrajaya, 23 November 2021 - Kejadian yang berlaku pada 20 Oktober 2021, jam 1.30 pagi itu masih segar diingatan Encik Ammar bin Aziz. Ketika kejadian berlaku, beliau sedang tidur bersama ahli keluarganya di kediamannya yang terletak dalam kawasan perumahan di Sepang, Selangor. Hujan telah turun dengan lebat bermula dari petang lagi dan ini menyebabkan kawasan perumahan beliau telah dinaiki air. Fenomena banjir kilat sebegini adalah pertama kali berlaku sepanjang beliau menetap di sini.
“Kejadian yang berlaku tidak disangka-sangka kerana air naik dan masuk ke dalam rumah tidak sampai setengah jam. Terlalu pantas dan tak sempat nak selamatkan barangan rumah..”, kata beliau. Dalam suasana yang panik itu, beliau hanya mampu menyelamatkan ahli keluarganya sahaja. Air yang memasuki rumah hingga hampir ke paras pinggang telah merosakkan segala peralatan yang berada di dalam rumah. Namun, beliau bersyukur kerana semua ahli keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Alhamdulillah, hari ini YWM telah hadir ke pejabat Encik Ammar bin Aziz dan menyampaikan sumbangan tunai kepada beliau sebagai tanda YWM prihatin terhadap kesulitan yang dihadapi. Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Sharil Nizam bin Al Malek Hasan, Pembantu Tadbir Bahagian Pengurusan Dana YWM menggunakan Dana Tabung Wakaf Bencana.
“Terima kasih Yayasan Waqaf Malaysia, Terima kasih semua penyumbang Dana Tabung Wakaf Bencana”
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّهُمَّ أجرْهُم فِي مُصِيبَتِهِمْ، وَأَخْلِفْ لَهُمْ خَيْرًا مِنْهَا
"Sesungguhnya, kita milik Allah dan sungguh hanya kepadaNya kita akan kembali. Ya Allah, berilah mereka pahala dalam musibah mereka dan berilah ganti yang lebih baik."
Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai ‘MUSAADAH3.0’
TERKINI
Kongsi Kongsi