MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN KERJASAMA DANA WAKAF BENCANA ANTARA YAYASAN WAQAF MALAYSIA, KENANGA INVESTORS BERHAD DAN MATCH FOUNDATION
10-11-2021Kuala Lumpur, 10 November 2021 - Yayasan Waqaf Malaysia, Kenanga Investors Berhad dan MATCH Foundation pada hari ini telah menandatangani perjanjian kerjasama Dana Wakaf Bencana bertujuan untuk mempelbagaikan medium pewakafan untuk meningkatkan dana wakaf. Tujuan penubuhan Dana Wakaf Bencana ini adalah untuk menubuhkan dana bantuan pra-banjir bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Malaysia. Ini adalah untuk memastikan agar bantuan kepada mangsa banjir dapat disalurkan dengan lebih efisien dan berkesan
Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia turut berkata, “kerjasama ini merupakan titik permulaan kepada pelaksanaan Wakaf Bencana seperti diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2022 di mana Kerajaan akan terus memperkasakan wakaf sebagai instrumen agihan semula kekayaan bagi pembangunan ekonomi ummah. Bagi tujuan ini, dana permulaan berjumlah RM10 juta telah diperuntukkan bagi memulakan inisatif Wakaf Halal PKS, Wakaf Pertanian dan Wakaf Bencana.”
Alhamdulillah, semoga industri wakaf terus makmur dan berkembang maju di Malaysia dan ke peringkat antarabangsa. Ini merupakan salah satu inisiatif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dalam mengembangkan potensi wakaf di mana mampu menjadi sektor ekonomi ketiga suatu hari nanti, hasil dorongan dan sokongan anda semua, usaha ini mampu direalisasikan, InsyaAllah.
TERKINI
Kongsi Kongsi